
Sebagai seorang aktivis teater, hasil kerja-kerja seni beliau selaku pengarah, penulis, pelakon, pereka artistik dan pengurus diekspresikan dari analisis dan hasil kajian. Antara karya-karya beliau yang pernah dipentaskan ialah Bangau Oh Bangau, Monolog Seorang Perempuan, Inkarnasi, Titik Semalam, Joseph Nuh, Katastrofi, Umbok, Syed Masyhor, Nur dan Yosephina. Selain itu, beliau juga sangat aktif dalam gerakan NGO antaranya Majlis Pendekar Malaysia, Pertubuhan Pendekar Malaysia, Pertubuhan Seni Kapi Warisan Malaysia, Pertubuhan Seni Kapi Wanita Malaysia, Gabungan Seni Warisan Anak Pinang dan Seniman Paksi Rakyat. Pada tahun 2013, beliau telah dianugerahkan sebagai Ikon Belia Bumiputera Pulau Pinang bagi kategori Seni dan Budaya.
(PENSYARAH TEATER)
LENA FARIDA BINTI HUSSAIN CHIN
Lena Farida Hussain Chin mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah (P) St. George, Pulau Pinang merupakan seorang calon PHD dalam bidang teater dan drama di USM. Anak jati Pulau Pinang ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kep) Penulisan Kreatif ASWARA, Ijazah Sarjana Muda (Kep) Seni Layar Universiti Teknologi MARA, Ijazah Sarjana Kesenian (Drama) Universiti Malaya, & Post Graduate Certificate di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pengajian Tinggi dari University Roehampton UK.
Beliau telah menyertai UPSI pada tahun 2006 dan merupakan seorang pensyarah di Jabatan Seni Persembahan, Fakulti Muzik & Seni Persembahan. Berpengalaman lebih 20 tahun dalam drama, teater dan video telah membuka jalan ilmu yang luas kepada beliau.
Beliau berpengalaman luas di dalam pelbagai genre teater tradisional, moden dan pasca moden. Antara teater penglibatan beliau adalah MakYong RajaTangkai Hati, Bangsawan Puteri Sakdung, Raja Laksama Bentan, Bendahara Garang Perak, Sam Pek Eng Tai, Tragedi Rama & Sita, Durian Gergasi, Nyiur Gading Puncak Mahligai, Ribut, Bagaton, Puteri dari Mekah, Ana, Impian di Musim Panas, The Maids, Matinya Seorang Pahlawan, Teater Atas Pokok, Tamu Dari Medan Perang,Teater Muzikal Uda dan Dara dan Iain-Iain.
RIZKI ASDIARMAN lahir di Jakarta, Indonesia pada tanggal 01 Ogos 1993. Pertengah tahun 2010, beliau menyelesaikan Pendidikan menengah atas di Jakarta, lalu melanjutkan pelajaran di Universiti Perguruaan Tinggi Andalas, salah satu universiti negeri yang terkemuka di Sumatera Barat, Indonesia, dengan mengambil kejuruan Sastra Indonesia. Pada tahun 2011, Beliau mulai menceburi dunia kesenian di sebuah unit kegiatan Mahasiswa di Fakulti Sastra, sebuah komunitas kampus tertua di Sumatera Barat yang telah berdiri pada tahun 1987. Beliau menjalani dan memanfaatkan aktiviti kesenian dengan menjadi seorang pelakon/pemain teater di kota jambi pada tahun 2011, setelah menjalani proses kerja menjadi seorang tenaga kreatif dan menjadi pengarah pada beberapa pementasan, salah satunya dengan menggarap naskah BAK karya Pinto Anugerah yang di pentaskan dalam ajang Teater Sedunia di Sumatera Barat.
Pada tahun 2013, beliau dilantik menjadi seorang ketua umum dan ketua jabatan teater langkah, dan berakhir di tahun 2015. Semasa beliau menjadi ketua jabatan, teater langkah menjadi pencetus utama event ekshibisi teater naskah pendek yang bekerjasama dengan UBUD. Beliau mula menulis naskah drama pada tahun 2015, dengan naskah pertamanya yang berjudul Puti Gondan Gondoriah adaptasi dari Kaba Anggun Nan Tongga, dan dipentaskan di ajang ulang tahun Teater Langkah ke 28. Namun pada masa yang sama, beliau juga bergiat dengan beberapa lagi komunitas kesenian di Jakarta serta menjadi seorang penulis dan design grafik di majalah.
