



Solehah Mat Zim
Bagi produksi Projek Persembahan Akhir (PROPERA) tugas pengarah telah dibahagikan kepada dua aspek iaitu lakonan dan persembahan. Kami akan menerangkan beberapa fokus tugas sebagai pengarah lakon. Terdapat lima fokus tugas yang telah dikenalpasti dan dibentangkan. Antaranya memberi penekanan kepada aspek lakonan,mengkaji naskhah yang telah dipilih,merangka aktiviti pelakon,membuat analisis lakonan dalam adengan dan membentuk pelakon berdasarkan teknik lakonan yang telah dipilih
Terdapat 10 aspek lakonan yang diberi penekanan berdasarkan analisis yang telah dibuat. Antaranya termasuklah beat,penekanan (emphasis), given circumstances,aksi-reaksi,objektif,super-objektif,stage business,emosi dan intonasi.
-
Beat- Pecahan dalam skrip yang dipisahkan mengikutn situasi dan tuhjuan dialog.
-
Penekanan- Perkataan yang ditekankan ataupun diberi fokus untuk mencapai intonasi yang betsesuaian.
-
Given circumstances-menerangkan fakta yang tidak dinyatakan di dalam naskhah.
-
Aksi- Pergerakan tubuh yang selari dengan pengucapan dialog oleh pelakon.
-
Reaksi- Aksi yang dilakukan oleh pelakon yang menerima tanda daripada pelakon lain.
-
Objektif- Menyampaikan tujuan dialog untuk mengenalpasti tindakan.
-
Super- Objektif- Tujuan utama yang hendak dicapai oleh watak dan diinterpretasikan oleh pelakon.
-
Stage business- Aktiviti di atas pentas yang dilakukan oleh para pelakon untuk mewujudkan kesan dramatic.
-
Emosi- Penghayatan yang dibawa dalam lakonan melalui ekspresi muka,pengucapamn diaolog oleh pelakon.
-
Intonasi- Penekanan yang diberikan kepada kata,bahagaina kata ataupun dialog untuk mengelakkan monoton.
Dengan tersedianya panduan aspek lakonan ini,pelakon dapat menghidupkan watak berdasarkan analisis yang telah dilakukan. Hal ini dapat memudahkan pelakon untuk membuatkan pelakon lebih selesa untuk bermain dengan seluruh anggota badan sebagai medium utama lakonan.
Randai merupakan persembahan Teater Etnik Minangkabau, Indonesia yang menggabungkan seni muzik, tarian, drama, nyanyian dan pencak silat. Randai biasanya dipersembahkan bagi upacara tradisi dan perayaan, dan kisah panjang mungkin memakan masa beberapa malam. Ia dipersembahkan sebagai teater dalam bulatan bagi mencapai persamaan dan penyatuan antara penonton dan peserta. Persembahan Randai merupakan gabungan tarian, seni bela diri, tarian rakyat, nyanyian, dan lakonan. Kisah disampaikan melalui lakonan dan nyanyian dan kebanyakannya berasaskan lagenda Minangkabau dan cerita rakyat.
Puti Gondoriah adaptasi Kaba Anggun Nan Tongga ini menceritakan tentang petualangan dan kisah cinta antara Anggun Nan Tongga dan kekasihnya Gondan Gondoriah. Anggun Nan Tongga berlayar meninggalkan kampung halamannya di Kampung Dalam, Pariaman. Ia hendak mencari tiga orang pamannya yang lama tidak kembali dari merantau. Sewaktu hendak berangkat Gondan Gondoriah meminta agar Nan Tongga membawa pulang 120 buah benda dan haiwan langka dan ajaib.
Setelah dibahagikan skrip kepada para pelakon aktiviti pertama yang wajib dijalani bersama ialah mengadakan ‘script reading’. ‘Script reading’ ini sekurang-kurangnya perlu dilakukian sebanyak dua atau tiga kali. Hal ini bertujuan untuk menerangkan kepada para pelakon tentang isi dan kefahaman teks yang terkandung dalam naskhah.
Selain itu, pengarah membenarkan para pelakon untuk melakukan lakonan improvisasi atau melakukan aksi secara spontan untuk mendapatkan ‘mood’ watak dan berada dalam keadaaan selesa untuk mempersembahkan watak yang dibawa mengikut kehendak penulis yang telah diinterpretasikan oleh pelakon itu sendiri. Terdapat bebrapa jenis ‘theatre games’yang telah dilaksanakan sebelum latihan bermula. Hal ini bertujuan untuk menguji kognitif dan psikomotor para pelakon. Selain itu,permainan ini menguji tahap fokus seseorang dan strategi dan lakonan secara tidak langsung.
Fokus akan diberikan lebih kepada para pelakon yang tidak mampu mencapai target atau tidak dapat menginterpretasikan arahan dengan baik. Kami akan mengaplikasikan beberapa teknik dan memberi penekanan terhadap pencarian warna suara iaitu berdasarakan aspek pengucapan dialog oleh para pelakon itu sendiri. Terdapat juga pelaksanaan latihan insentif dan latihan poket untuk setiap watak berdasarkan keperluan secara menyeluruh.

Pengarah Persembahan
Amirul Fahmie
Puteri Shaqirah
Bagi produksi Produksi Persembahan Akhir, PROPERA kali ini, kami pelajar Diploma ambilan 2016/2017 akan mempersembahkan satu persembahan teater yang berkonsepkan teater tradisional randai dan naskhah yang telah dipilih ialah Puti Gondoriah Adaptasi Kaba Anggun Nan Tongga karya Rizqi Asdiarman. Tugas pengarah telah dibahagikan kepada dua aspek iaitu lakonan dan tari. Kami akan menerangkan beberapa perkara tentang randai serta beberapa tugas kami sebagai pengarah tari untuk menghasilkan satu persembahan yang menakjubkan.
Randai ini merupakan satu persembahan yang dilakukan beberapa orang membentuk lingkaran, sambil melangkah sedikit demi sedikit. Terdapat banyak gerakan dalam randai ini seperti gerakan maju, mundur ke dalam memperkecil lingkaran, lalu keluar dari lingkaran. Pada bahagian tertentu, para pemain juga berjalan sambil menyanyi. Selesai menyanyi, mereka akan kembali melakukan gerakan pencak. Tarian dalam randai ini bersumber dari gerakan tari pencak dan gerakan silat. Gerakan pencak yang dilakukan merupakan pengembangan dari gerak dasar pencak. Gerakan yang dilakukan juga ada yang seragam dan ada juga berlawanan.
Kami sebagai pengarah tari sendiri perlu memahami tugas kami secara terperinci dan memahami dengan betul apa itu randai supaya urusan kerja dapat dilakukan dengan baik selain dapat memudahkan urusan sesuatu organisasi. Pihak pengarah tari juga sedaya upaya akan melakukan yang terbaik dalam menjayakan Projek Persembahan Akhir pelajar Diploma ambilan 2016/2017, Puti Gondoriah Adaptasi Kaba Anggun Nan Tongga ini khususnya daripada aspek gerak tari itu sendiri. Dengan harapan, semoga persembahan teater ini dapat membuka mata masyarakat untuk memartabatkan seni tradisi ini agar tradisi ini tidak ditelan dek zaman. Dengan apa yang telah diterangkan, pengarah tari hanya akan memberi penekanan terhadap aspek gerak. Terdapat beberapa aspek penting yang diberi penekanan sepanjang proses latihan berlaku. Antaranya adalah:-
-
Memperkukuhkan pengetahuan tentang randai.
-
Memperkenalkan struktur randai terlebih dahulu kepada anak randai.
-
Memperkenalkan serta mengaplikasikan rutin latihan sebelum latihan dimulakan sebagai perkara yang wajib anak randai lakukan.
-
Memperkenalkan gerak pencak silat minangkabau.
-
Mengaplikasikan gerak pencak silat kepada anak randai mengikut hasil kreativiti yang dihasilkan oleh pengarah tari.
-
Mengaplikasikan corak pola lantai kepada anak randai untuk komposisi.
-
Memperhalusi gerak dan postur badan.
Dengan adanya aspek-aspek tersebut, anak randai pasti akan dapat melakukan gerak pencak silat tersebut dengan baik pada penghujungnya melalui proses-proses yang berlaku sepanjang latihan. Aspek-aspek tersebut penting sepanjang menghasilkan anak randai yang bagus dalam gerak pencak silat minangkabau. Hal ini kerana, dalam randai gerak pencak silat itulah yang paling penting bagi menunjukkan jati diri orang minang.
TENAGA KREATIF
Darvil Juana Evon
koreografer randai
koreografer silat


