top of page

DANIAL IHSAN SAFWAN BIN MUHAMMAD AZMI, PAPAR SABAH.

Minat dalam bidang teater sejak tahun 2016. Beliau aktif dalam bidang sukan sewaktu di bangku sekolah tetapi lebih cenderung kepada lakonan dan beliau juga meminati dalam pengurusan tatacahaya, muzik, set dan props. Mula menceburi bidang seni persembahan sejak berumur 17 tahun dan telah berlakon dalam teater Tiang Seri Tegak Berlima, A Midsummer Night Dream, Mahkhamah Keadilan, dan  Kau Masih Hidup.  Beliau memasang cita-cita untuk menjadi seorang penggubah lagu dan komposer yang terkenal.

MUHAMMAD HISYAMUDDIN BAKI BIN ABDUL WAHID BAKI, ALOR SETAR KEDAH.

Beliau mula  menceburi bidang seni persembahan ketika memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris dan dilihat cenderung meminati bidang lakonan dan pengurusan muzik. Beliau bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar dan penggubah muzik di tanah air ini pada suatu hari nanti.

PUTRI NABILA BINTI MOHD YADI, SHAH ALAM SELANGOR.

Puteri mula melibatkan diri dalam bidang seni persembahn sejak tahun 2010 dan beliau pernah melibatkan diri dalam Pertandingan Semarak Teater dan beliau telah dianugerahkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Beliau bukan sahaja aktif dalam bidang teater tetapi dalam bidang akademik. Beliau juga pernah menerima Anugerah Pelajar Cemerlanag Akedemik. Bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah dan hasrat beliau adalah semoga apa yang diusahakan selama ini diberkati.

NORSYAHIZATI LIYANA BINTI NORDIN, SENAWANG NEGERI SEMBILAN.

Menceburi bidang seni persembahan ketika memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris dan cenderung dalam bidang lakonan. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah dan ahli perniagaan. Beliau menyimpan hasrat ingin meningkatkan semula prestasi seni persembahan ini hingga ke peringkat dunia.

NUR SYAMIRA ALIYU, RANAU SABAH.

Menceburi bidang seni persembahan sejak pada tahun 2016. Berminat dalam bidang lakonan. Beliau becita-cita untuk menjadi seorang pensyarah dan beliau berhasrat dapat mempelajari bidang seni persembahan ini dengan lebih jauh. Antara produksi yang beliau pernah sertai ialah NAJ PRODUCTION, SHANATION PRODUCTION dan DJS PRODUCTION.

NURUL AMYZAH BINTI JASIRIN, RANAU SABAH.

Melibatkan diri dalam seni persembahan ketika di bangku sekolah menengah lagi dan beliau cenderung dalam bidang lakonan. Menjadi seorang guru dan aktivis teater merupakan cita-cita beliau dan beliau memasang impian ingin menambahkan ilmu lagi dalam bidang seni persembahan dan inginin menjadi seorang aktivis teater yang berjaya.

MOHAMAD RIDZWAN BIN SHAHARUDDIN, BATU PAHAT JOHOR

Menceburi dalam bidang teater pada tahun 2014 dan beliau amat meminati dalam bidang sinografi dan pengarahan. Bercita-cita menjadi seorang pengarah dan penulis skrip yang disegani dan impian beliau ingin memiliki 'production house' sendiri.

 

NURSYAHIRAH BINTI ZHAMMANEE, KOTA KINABALU SABAH.

Sekolah Seni Malaysia Sarawak merupakan tapak di mana bermulanya penglibatan beliau dalam bidang seni persembahan. Lakonan dan tatarias merupakan minatnya dalam bidang teater ini. Antara pencapaian beliau setakat ini adalah, menjadi pengarah muzik bagi produksi SPM Tugau pada tahun 2015, melibatkan diri dalam pertandingan nasyid Peringkat Kebangsaan dan mendapat Nain Johan, dan menjadi DJ radio bagi slot Dendangan Si Manja Radio Televisyen Malaysia. Beliau menyimpan hasrat menjadi pewaris budaya bangsa yang bergiat aktif  dalam bidang tarian, muzik dan teater sehingga di julang dipersada dunia.

SAIDATUL LAILA BINTI MOHD TAHIR, DENGKIL SELANGOR.

Mula menceburi bidang teater sejak berumur 13 tahun pada tahun 2011. Beliau lebih meminati dalam bahagian lakonan. Dari segi lakonan, beliau telah mencapai beberapa pencapaian antaranya ialah Pelakon Wanita Terbaik Perkampungan Teater 2014, Peringkat Sekolah, dan Naib Johan Pertandingan Drama Komsas Peringkat Negeri 2013. Menjadi seorang pendidik merupakan salah satu cita-cita beliau dan beliau menyimpan hasrat untuk berjaya dalam hidup supaya dapat membantu keluarga.

LILI RASYIDAH BINTI ARIFF, TAWAU SABAH.

Mula menceburi bidang teater sejak melangkahkan kaki di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau meminati dalam bidang lakonan dan tata cahaya. Menjadi seorang pensyarah merupakan cita-cita beliau sejak kecil lagi. Beliau berhasrat dapat mengembangkan lagi seni teater ini di luar semenanjung Malaysia iaitu di Borneo.

WARDATUL HANANI BINTI ZAHAR, KLANG SELANGOR.

Mula melibatkan diri dalam seni persembahan apabila menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau lebih cenderung dalam bidang lakonan dan pengurusan. Beliau bercita-cita menjadi seorang photographer.Impian beliau adalah membuat seni teater terus dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia dan beliau ingin menjadi aktivis teater dan terus memajukan nama teater hingga ke seluruh pelusuk dunia.

DALVRIL JUANA EVON, KUCHING SARAWAK.

Mula menceburi bidang seni persembahan sejak pada tahun 2011, ketika itu beliau berada di Sekolah Seni Malaysia Sarawak. Beliau lebih meminati bidang pengarahan dan beliau bercita-cita untuk menjadi pensyarah seni persembahan pada satu hari nanti. Beliau juga pernah mendapat Johan dalam pertandingan Floklore Dance and Music Festival, Romania. Beliau berhasrat ingin menjadi seorang pensyarah dalam seni kreatif yang berjaya.

ELLYA MAISARA BINTI ZAIROL NIZAR, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN.

Mula meminati teater sejak masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dan telah mempelajari banyak perkara tentang bidang ini. Walau bagaimana pun beliau lebih cekap dalam bahagian pengurusan kerana itu adalah salah satu minatnya. Pengajian akhir beliau dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za’ba,Paroi. Jawatan beliau di dalam Projek Persembahan Akhir ini adalah sebagai pengurus pentas (stage manager). Beliau menyimpan hasrat ingin cemerlang dalam bidang pengurusan.

MUHAMMAD AZRUL BIN ANUAR, BUKIT JAMBUL PULAU PINANG.

Azrul mula melibatkan diri dalam bidang teater sejak mula melangkahkan kaki ke Universiti Pendidikan Sultan Idirs (UPSI) pada tahun 2016. Antara pencapaian beliau sepanjang menyambungkan pengajian dalam diploma teater di UPSI ini, beliau pernah menjadi pengarah untuk produksi Zero to Hero Production di dalam Teater Eksperimental Tepuk Amai-amai. Selian itu, jawatan yang dipegang oleh Azrul di dalam Projek Persembahan Akhir ini ialah pengurus pentas. Akhir sekali beliau berhasrat untuk menjadi seorang insan yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat dan agama serta dapat mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang seni ini pada suatu hari nanti.

 

MUHAMMAD AIDIL ADWA BIN ALI, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN.

Mula berjinak-jinak dalam dunia seni persembahan sejak sekolah menengah menurusi Pertandingan Semarak Teater pada tahun 2013 dan 2015 Peringkat Kebangsaan. Beliau pernah dianugerahkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada tahun 2015 dalam Pertandingan Teater Peringkat Negeri. Beliau dilihat lebih cenderung kepada bidang lakonan dan pengarahan. Selain itu, beliau memegang watak sebagai Ninik Tuo di dalam Projek Persembahan Akhir ini. Bercita-cita untuk menjadi seorang penggiat teater dan hasrat beliau adalah ingin menjadi pelakon dan penggait seni yang berjaya.

MUHAMMAD FIKRI BIN BURHANUDDIN, SETIAWANGSA KUALA LUMPUR

Muhammad Fikri berasal daripada Kuala Lumpur dan beliau telah menceburi bidang teater ini sejak pada tahun 2015 dan beliau pernah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti, antaranya Pertandingan Semarak Teater Peringkat Kebangsaan wakil Kuala Lumpur pada tahun 2015. Selain itu, jawatan yang dipegang oleh beliau dalam Projek Persembahan Akhir ini adalah runner dan beliau juga memegang watak sebagai Anggun Nan Tongga di dalam Projek Persembahan Akhir ini. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang penggiat teater dan juga seorang ahli perniagaan dan beliau menyimpan hasrat ingin berjaya dalam apa sahaja bidang ataupun pekerjaan yang diceburi..

NURHIDAYAH BINTI ROSLI, CHERAS KUALA LUMPUR.

Beliau mula menceburi bidang teater sejak dari bangku sekolah lagi dan beliau lebih meminati dalam bahagian pengurusan seperti pereka san pengurus kostum dan cinematography. Selain itu, di dalam Projek Persembahan Akhir ini beliau memegang jawatan sebagai Front Of House (FOH). Akhir sekali, cita-cita beliau adalah untuk menjadi seorang pereka baju dan impian beliau adalah berjaya dalam kerjaya dan dapat membanggakan ibu dan bapa serta membuktikan kepada masyarakat bahawa bidang teater ini dapat memberikan suatu peluang yang cerah di dalam pekerjaan.

PUTERI NUR SHAQIRAH BINTI SABRI, WANGSA MAJU KUALA LUMPUR. 

Puteri Nur Shaqirah berasal daripada Kuala Lumpur dan beliau mula melibatkan diri dalam seni persembahan sejak dari bangku sekolah lagi pada tahun 2014. Beliau bukan sahaja aktif dalam bidang teater, malahan dalam bidang tarian juga beliau ada melibatkan diri. Beliau juga pernah menyertai Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional Peringkat Negeri. Selain itu juga, jawatan yang dipegang oleh beliau dalam Projek Persembahan Akhir ini adalah pengarah tari dan beliau bercita-cita untuk menjadi seorang yang multi talented performer dan beliau berhasrat ingin mengembangkan bidang teater ini hingga ke peringkat antarabangsa.

 

MUHAMMAD IKHMIER BIN AINUDDIN, SELAYANG LAMA KUALA LUMPUR.

Muhammad Ikhmeir mula melibatkan diri dalam bidang seni persembahan, sejak mula menyambung pengajian dalam bidang teater di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2016. Beliau lebih meminati bahagian pengurusan berbanding lakonan. Selain itu juga, beliau memegang jawatan sebagai dakumentasi dan grafik. Akhir sekali, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pengarah filem dan impian beliau adalah untuk membawa industri seni Malaysia ini ke persada dunia.

AFDHALUL WAFIQ QUSYAZRI BIN OSMAN, SENAWANG NEGERI SEMBILAN.

Afdhalul mula menceburi bidang teater sejak di bangku sekolah menegah lagi. Beliau lebih cenderung dalam bahagian lakonan. Di dalam Projek Persembahan Akhir beliau memegang jawatan sebagai pengurus promosi dan pemasaran. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon dan beliau juga ada menanam hasrat untuk menjadi seorang penggiat seni dan seorang model yang berjaya pada suatu hari nanti.

SARAH MONIKA BINTI MOHD RONI SOW

Sarah mula melibatkan diri dalam bidang teater sejak tahun 2007 dan beliau pernah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti, antaranya Theatre Chung Ching (2007), Chung Ching Conference (2007). Beliau juga pernah menyertai Pertandingan Marching Band World Competition (Top 5) dan juga Pertandingan Winter Guard World 2015 dan beliau telah mendapat Johan dalam pertandingan tersebut. Selain itu, jawatan yang dipegang oleh beliau dalam Projek Persembahan Akhir (PROPERA) ini adalah krew pentas dan juga box office. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah dan juga seorang pelakon yang berkaliber. Beliau berhasrat ingin menjadi seorang pelakon yang bukan sahaja bergantung pada bakat ataupun rupa bahkan seorang pelakon yang mempunyai ilmu.

AHMAD QAIRIL BIN AZLI, TUMPAT KELANTAN.

Beliau meminati teater sejak menjejakkan kaki di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau lebih meminati bahagian lakonan dan tetapi beliau memegang jawatan sebagai pengurus panggung sebagai cabaran untuk dirinya di dalam Projek Persembahan Cita-cita beliau ingin menjadi seorang pensyarah teater dan juga pendidik. Pengajian akhir beliau dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat. Beliau menyimpan hasrat ingin menjadikan teater sebagai medium pementasan bagi ruang untuk menyampaikan ideologi kepada orang ramai. 

TUSILA A/P SIVAJI, PETALING JAYA SELANGOR.

Beliau aktif dalam bidang sukan dan beliau juga meminati dalam bidang teater. Pengajian terakhir beliau dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata. Dalam pencapaian sukan beliau pernah mewakili sekolah Pertandingan Kabaddi pada tahun 2015. Dalam bidang seni persembahan pula beliau pernah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Pengarah Drama Komsas Minggu Bahasa Melayu 2014 dan tempat pertama Pelakon Drama Minggu Bahasa Inggeris 2015. Cita-cita beliau untuk menjadi seorang pengarah filem dan impian beliau adalah membawa industri filem Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

NURZURAINI BINTI ZULKIPLI, RAWANG SELANGOR.

Mula menceburi bidang seni persembahan sejak tahun 2015. Beliau dilihat lebih cenderung dalam bidang lakonan dan beliau bercita-cita untuk menjadi artis kebudayaan atau seorang pramugari. Impian beliau adalah dapat memajukan diri dalam sesuatu produksi di masa hadapan.

 

AMIRUL FAHMIE BIN JAUHARI

Menceburi bidang seni persembahan bermula dari sekolah menengah menerusi penglibatan dalam aktiviti tarian dan teater. Di dalam Projek Persembahan Akhir jawatan yang dipegang oleh beliau adalah koreografi silat. Selain mahir dalam tarian beliau dilihat mampu untuk menjadi seorang pendidik. Beliau bercita-cita ingin menjadi seorang pelakon atau tenaga pengajar yang profesional. Antara pencapaian beliau adalah pernah mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Borneo Award 2015. Impiannya adalah ingin memperluaskan dunia seni di persada dunia.

NUR IVANIEA BINTI SHAFFIQ SANGGER, KLANG SELANGOR.

Menceburi bidang seni persembahan bermula dari sekolah menengah menerusi penglibatan dalam aktiviti tarian dan teater. Di dalam Projek Persembahan Akhir jawatan yang dipegang oleh beliau adalah koreografi silat. Selain mahir dalam tarian beliau dilihat mampu untuk menjadi seorang pendidik. Beliau bercita-cita ingin menjadi seorang pelakon atau tenaga pengajar yang profesional. Antara pencapaian beliau adalah pernah mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Borneo Award 2015. Impiannya adalah ingin memperluaskan dunia seni di persada dunia.

MUHAMMAD AIMAN AFIQ BIN ZULKIPLI, GOMBAK SELANGOR.

Beliau meminati bidang teater sejak dari bangku sekolah lagi sewaktu berumur 15 tahun. Sejak beliau menyambung pengajian bidang teater di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini, beliau lebih gemar berada di bahagian pengurusan. Bahagian yang beliau minati adalah sinografi dan set&props. Pengajian terakhir beliau dari Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest,Sri Gombak. Diantara produksi luar yang pernah beliau sertai adalah PAKSI dan Rentakarya. Beliau juga bercita-cita untuk menjadi seorang sinografi yang berjaya.

MUHAMMAD NAZRUR DINI BIN ROSLAN CHIN,BALIK PULAU PULAU PINANG.

Mempunyai latar belakang teater atau aliran yang sama seperti bapanya. Meminati bidang teater apabila beliau meneruskan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tambahan pula,bapa beliau adalah seorang pensyarah teater di Universiti Sains Malaysia. Cita-cita beliau ingin menjadi pensyarah ataupun pelakon. Pengajian akhir beliau adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau. Dalam bidang teater ini beliau lebih cenderung ke arah sinografi dan lakonan. Selain itu, impian beliau ingin berjaya dalam bidang teater dan dapat mengikut jejak langkah seperti bapanya sendiri.

AIREEN NATASHA BINTI ARIFF FADILLAH, SENTUL KUALA LUMPUR.

Beliau sangat aktif dalam aktiviti sukan sewaktu di bangku sekolah tetapi beliau juga berkebolehan dalam bidang lakonan dalam teater dan beliau meminati bahagian lakonan. Antara aktiviti sukan dan pencapaian beliau adalah Memanah Perempuan Peringkat Negeri, Mewakili Zon Wilayah. Dalam Projek Persembahan Akhir beliau dipilih sebagai pengurus logistik. Walaupun mengambil bidang teater tetapi cita-cita beliau adalah untuk menjadi seorang usahawan muda yang berjaya.

PUTERA HARITZ DZULFIKAR BIN SHAMSULIZARE, JOHOR BAHARU JOHOR.

Anak kelahiran Johor ini beliau dari Sekolah Menengah Agama Bugisiah Tampok. Walaupun dari sekolah agama tetapi beliau meminati dalam bidang teater sangat mendalam sejak pada tahun 2013. Pencapaian tertinggi beliau adalah memenangi dalam pertandingan Bola Sepak Peringkat Kebangsaan. Walaupun aktif di dalam kesukanan tetapi beliau sangat meminati bahagian lakonan dan masih lagi mencari keisitimewaan di dalam teater ini. Cita-cita beliau ingin menjadi seorang pensyarah dan juga pelakon.

NURNABILATUL NISYA BINTI AZANI, KLANG SELANGOR.

Beliau menceburi bidang teater sejak pada tahun 2012. Walaupun beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik tetapi beliau mempunyai bakat dalam lakonan. Pelbagai pencapaian yang diperoleh oleh beliau antaranya ialah Pelakon Wanita Terbaik Daerah di Semarak (2012 & 2014), Pelakon Wanita Terbaik Daerah,Komsas (2013 & 2014), dan mendapat Anugerah Emas Semarak Tetaer Negeri Selangor. Pengajian akhir beliau di SMK Pulau Indah. Beliau berhasrat dapat meningkatkan lagi mutu seni persembahan tempatan ke seantero global.

NUR SOLEHAH BINTI MAT ZIM, KOTA BAHRU KELANTAN.

Beliau telah lama menceburi di bidang teater sejak pada tahun 2013. Semasa di bangku sekolah beliau banyak menyertai pertandingan-pertandingan pementasan teater sehingga memperoleh beberapa pencapaian antaranya adalah mendapat annugerah Pelakon Wanita Terbaik pada tahun 2014 dan beliau mendapat tempat pertama dalam Perandingan Semarak Teater Peringkat Kebangsaan pada tahun 2014.

 

CYHTHIA SHARMINI A/P RAYAPPAN, IPOH PERAK.

Beliau melibatkan diri dalam bidang teater ini sejak tahun 2014 hingga kini. Beliau lebih meminati dalam bidang nyanyian. Beliau pernah mewakili sekolah dalam Persembahan Teater dan Band Peringkat Daerah. Jadi tidak mustahil bagi beliau boleh menguasai bidang teater dan juga muzik. Menjadi seorang pemuzik merupakan cita-cita beliau dan hasrat beliau juga untuk seorang yang berjaya dalam industri seni tanah air.

CHE NUR AISYAH BIN CHE SALEHUDDIN, 

Pengajian akhir beliau dari SMK Dato’ Onn. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang teater pada tahun 2016 ketika beliau menyambung pengajian dalam bidang teater. Beliau telah memasang cita-citanya untuk menjadi seorang pensyarah dan penggiat teater yang memartabatkan warisan seni Malaysia. Beliau mempunyai minat pada dalam bidang lakonan dan bidang pengurusan. Di dalam Projek Persembahan Akhir beliau memegang watak sebagai si Kambang Malang dan memegang jawatan sebagai pengurus jemputan dan protokol.

MUHAMAD AIDIL IDHAM BIN AZIZ, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN.

Anak kelahiran Negeri Sembilan ini, mula menceburi bidang seni persembahan sejak pada tahun 2013. Bermula dari situ beliau lebih cenderung kepada bahagian lakonan dan pengurusan. Beliau pernah juga melibatkan diri dalam Pertandingan Semarak Teater Kebangsaan mewakili Negeri Sembilan dan beliau telah mendapat Johan dalam pertandingan tersebut. Menjadi seorang anggota polis merupakan cita-cita beliau sejak dari kecil lagi dan beliau berhasrat dapat memenuhi segala impian dan cita-cita beliau pada suatu hari nanti.

© 2023 by THEATER COMPANY. Proudly created with Wix.com
 

bottom of page